Saturday 22 February 2014

SUSAH MINUM AIR PUTIH

Teks : Farah Dalila

Kenapa mesti minum air putih ye? Saya, salah seorang yang susahhhh sangat nak amalkan minum air putih atau air masak atau air kosong :)

Saya pernah hadir satu health talk bersama Prof Dr Lawrence Lim. Beliau sangat-sangat concern tentang pengambilan air putih. Air putih yang macam mana kita perlu minum??
Pesan beliau, mesti minum high quality water. Bukan air yang sudah dimasak kerana air yang sudah dimasak, segala zat dan mineral pasti akan hilang. Jadi, cuba usahakan minum high quality water seperti air yang banyak mineral atau mineral water. Katanya lagi, Bio Aura water is one of the high quality water. Alhamdulillah, saya ada satu unit Bio Aura Water System di rumah :)

Berapa banyak yang kita mesti minum?
Prof Dr Lawrence Lim pesan lagi, badan kita memerlukan 3 hingga 5 liter high quality water sehari untuk memudahkan detoksifikasi dalaman kita. Apabila dalaman kita sudah betul-betul bagus, insyaAllah segala jenis produk apa pun yang kita ambil sebagai makanan tambahan, pasti akan memberikan hasil yang terbaik. InsyaAllah, saya akan kongsikan beberapa lagi tips beliau di entri akan datang ya.


       **Biodata Prof Dr Lawrence Lim**


Bagi sesiapa yang susah nak amalkan minum air putih, mari kita cuba ikut tips yang dikongsikan.



InsyaAllah. Selamat Mencuba *_*

No comments:

Post a Comment