Saturday 22 February 2014

SUSAH MINUM AIR PUTIH

Teks : Farah Dalila

Kenapa mesti minum air putih ye? Saya, salah seorang yang susahhhh sangat nak amalkan minum air putih atau air masak atau air kosong :)

Saya pernah hadir satu health talk bersama Prof Dr Lawrence Lim. Beliau sangat-sangat concern tentang pengambilan air putih. Air putih yang macam mana kita perlu minum??
Pesan beliau, mesti minum high quality water. Bukan air yang sudah dimasak kerana air yang sudah dimasak, segala zat dan mineral pasti akan hilang. Jadi, cuba usahakan minum high quality water seperti air yang banyak mineral atau mineral water. Katanya lagi, Bio Aura water is one of the high quality water. Alhamdulillah, saya ada satu unit Bio Aura Water System di rumah :)

Berapa banyak yang kita mesti minum?
Prof Dr Lawrence Lim pesan lagi, badan kita memerlukan 3 hingga 5 liter high quality water sehari untuk memudahkan detoksifikasi dalaman kita. Apabila dalaman kita sudah betul-betul bagus, insyaAllah segala jenis produk apa pun yang kita ambil sebagai makanan tambahan, pasti akan memberikan hasil yang terbaik. InsyaAllah, saya akan kongsikan beberapa lagi tips beliau di entri akan datang ya.


       **Biodata Prof Dr Lawrence Lim**


Bagi sesiapa yang susah nak amalkan minum air putih, mari kita cuba ikut tips yang dikongsikan.



InsyaAllah. Selamat Mencuba *_*

KENAPA WANITA MINAT BERNIAGA?

Teks : Farah Dalila

Kaum hawa, sangat sinonim dengan dunia perniagaan. Bukan hanya pada zaman sekarang, malah sejak zaman Rasulullah SAW lagi wanita sudah mula berniaga. Kita boleh ambil Saidatina Khadijah sebagai contoh terbaik untuk kita jadikan sumber inspirasi kita dalam dunia perniagaan ini. 

Kenapa wanita berniaga??

Pendapat saya, sebagai seorang isteri juga ibu kepada seorang anak, saya mempunyai keinginan saya sendiri untuk memiliki sesuatu benda. Bagi saya, untuk dapatkan apa yang kita impikan saya lebih selesa dengan duit sendiri. Malah saya akan rasa gembira sangat apabila dapat belikan sesuatu untuk suami dan anak dengan duit saya sendiri. Mungkin itu salah satu sebab saya suka mencari peluang perniagaan. Duit memang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit bukan? Sebagai seorang ibu, saya impikan pendidikan yang terbaik dan berkualiti buat anak saya. Pastinya yang terbaik itu memerlukan kita untuk modalkan nilai yang tinggi. Seorang mentor saya pernah berkata dalam suatu program FBGenius di slot pengurusan kewangan, "Lebih baik tingkatkan pendapatan daripada kurangkan perbelanjaan". Apa pun masing-masing punya pilihan tersendiri kan. Pastinya pilihan yang dibuat mestilah yang terbaik demi kebahagiaan keluarga. InsyaAllah.

Dunia bisnes online sangat sesuai dengan jiwa kaum hawa kerana banyak kemudahan yang disediakan. Hanya berjualan melalui alam maya, ambil tempahan dan bayaran di alam maya, kemudian hanya perlu menghantar barangan melalui poslaju atau lain-lain servis penghantaran. Ada juga yang terus daftar dengan syarikat penghantaran dan hanya perlu menunggu di rumah untuk proses pengambilan barang-barang tersebut. Mudah sangat kan. Tak kurang juga hebatnya kaum hawa yang suka membeli atau "shopping" secara online termasuk saya sendiri. Maka, agak rugi bagi kaum hawa yang tidak mahu mengambil peluang berniaga secara atas talian ini. Kita semua sudah sedia maklum, 9/10 rezeki datangnya dari dunia perniagaan. Ayuhlah kaum hawa, cari dan gali apa kelebihan yang ada pada diri. Mari kita keluar dari kebiasaan hidup. Jadikan diri kita salah seorang usahawan jutawan wanita yang berjaya pastinya demi dunia dan akhirat.
Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat dan setiap rezeki yang kita perolehi diberkati Allah SWT. Amin Ya Rabb~~

TIADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA



Teks : Farah Dalila

Tiada jalan pintas untuk berjaya! mesti keep on berusaha dan berdoa.
Ada yang personal message saya, berminat nak bisnes. Tapi awal-awal dah tanya pulangan dan keuntungan. Semua tu kita tak kan nampak kalau kita tak bermula atau berusaha. Alhamdulillah, dapat betulkan niat rakan-rakan yang berminat supaya lebih pandai menjaga niat dan tujuan kita berbisnes. InsyaAllah, jika niat kita betul..segala kekayaan dan keuntungan pasti datang dengan mudah 



Sharing with love
-farahdalilarashid-

Projek STG
Business with pleasure
#positive minded
Time&Money freedom
Tq Allah 

Friday 7 February 2014

JATUH 9 KALI, BANGUN 10 KALI


Teks : Farah Dalila

KALAU JATUH 9 KALI, BANGUN 10 KALI!! ITULAH RAHSIA KEJAYAAN!!!

Bismillah~ Salam Jumaat yang penuh barokah.
Hari ni saya nak kongsi cerita atau sedikit tips pengalaman perniagaan.
Ramai kawan-kawan saya 'personal message', teringin nak bisnes, nak buat itu nak buat ini. Nak kaya dan berjaya. Masing-masing ada impian yang besar. Tapi ramai sangat yang takut nak mencuba,cuba dan cuba lagi kerana kegagalan lalu menghantui diri. Kalau tanya saya?? Pengalaman saya sendiri memang dah berkali-kali saya gagal dah berhabis modal dengan pelbagai jenis bisnes. Tapi satu sikap saya, saya tidak pernah berhenti mencari dan akhirnya berkat istiqamah saya, Allah jumpakan saya dengan platform yang sangat bagus. Rupanya, bila diberikan segala ilmu dalam dunia bisnes ni, sungguh..banyak kekurangan dalam bisnes-bisnes saya terdahulu. The most important things dalam bisnes mesti ambilkira tiga item penting ini ; ILMU|MENTOR|SISTEM yang boleh mendorong kita ke arah kejayaan insyaAllah,dunia dan akhirat.
Mesti ada ketiga-tiga kombinasi ini. InsyaAllah, perniagaan anda akan pergi jauh.







Projek STG
Business with pleasure
Ilmu,Mentor,Sistem yang besttt!!
Tq Allah :)

Sharing with love
-farahdalilarashid-