Saturday 22 February 2014

KENAPA WANITA MINAT BERNIAGA?

Teks : Farah Dalila

Kaum hawa, sangat sinonim dengan dunia perniagaan. Bukan hanya pada zaman sekarang, malah sejak zaman Rasulullah SAW lagi wanita sudah mula berniaga. Kita boleh ambil Saidatina Khadijah sebagai contoh terbaik untuk kita jadikan sumber inspirasi kita dalam dunia perniagaan ini. 

Kenapa wanita berniaga??

Pendapat saya, sebagai seorang isteri juga ibu kepada seorang anak, saya mempunyai keinginan saya sendiri untuk memiliki sesuatu benda. Bagi saya, untuk dapatkan apa yang kita impikan saya lebih selesa dengan duit sendiri. Malah saya akan rasa gembira sangat apabila dapat belikan sesuatu untuk suami dan anak dengan duit saya sendiri. Mungkin itu salah satu sebab saya suka mencari peluang perniagaan. Duit memang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit bukan? Sebagai seorang ibu, saya impikan pendidikan yang terbaik dan berkualiti buat anak saya. Pastinya yang terbaik itu memerlukan kita untuk modalkan nilai yang tinggi. Seorang mentor saya pernah berkata dalam suatu program FBGenius di slot pengurusan kewangan, "Lebih baik tingkatkan pendapatan daripada kurangkan perbelanjaan". Apa pun masing-masing punya pilihan tersendiri kan. Pastinya pilihan yang dibuat mestilah yang terbaik demi kebahagiaan keluarga. InsyaAllah.

Dunia bisnes online sangat sesuai dengan jiwa kaum hawa kerana banyak kemudahan yang disediakan. Hanya berjualan melalui alam maya, ambil tempahan dan bayaran di alam maya, kemudian hanya perlu menghantar barangan melalui poslaju atau lain-lain servis penghantaran. Ada juga yang terus daftar dengan syarikat penghantaran dan hanya perlu menunggu di rumah untuk proses pengambilan barang-barang tersebut. Mudah sangat kan. Tak kurang juga hebatnya kaum hawa yang suka membeli atau "shopping" secara online termasuk saya sendiri. Maka, agak rugi bagi kaum hawa yang tidak mahu mengambil peluang berniaga secara atas talian ini. Kita semua sudah sedia maklum, 9/10 rezeki datangnya dari dunia perniagaan. Ayuhlah kaum hawa, cari dan gali apa kelebihan yang ada pada diri. Mari kita keluar dari kebiasaan hidup. Jadikan diri kita salah seorang usahawan jutawan wanita yang berjaya pastinya demi dunia dan akhirat.
Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat dan setiap rezeki yang kita perolehi diberkati Allah SWT. Amin Ya Rabb~~

No comments:

Post a Comment