Thursday 3 April 2014

IBU JANGAN WORK

Teks : Farah Dalila

Hati ibu mana tidak sebak bilamana anak yang belumpun masuk usia 3 tahun sudah kenal erti sunyi. Allahuakbar.
Saya memang sangat tersentak apabila Adam (anak lelaki saya) berceloteh ketika saya sedang mengemaskini buku rekod penjualan produk kesihatan dan kecantikan. Saya mulakan kerja-kerja pendapatan sampingan itu ketika waktu malam kerana saya masih bekerja makan gaji. Saya cakap baik-baik dengan Adam, "Adam jangan kacau ibu eh, ibu nak work". Jawabnya, "Ibu jangan la work, ayah dah work". Aduhai anak, tiba-tiba semangat ibu membuak-buak untuk cepat-cepat jadi work at home mom (WAHM). Saya sangat yakin, pastinya di dalam minda Adam..siang ibu work di ofis,malam pula ibu work di rumah. Langsung tiada masa untuk Adam luangkan masa dengan ibu bukan?
Jika saya hanya bekerja dari rumah, insyaAllah lebih banyak masa saya boleh luangkan untuk Adam. Ya Allah, Aku sangat-sangat impikan keadaan itu. Kau permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku. Amin Ya Rabb~

**Ibu love Adam so much**

No comments:

Post a Comment