Sunday 19 January 2014

BERNIAGA CARA RASULULLAH

Teks : Farah Dalila

Alhamdulillah, setiap hari Selasa malam akan diadakan Smart Coaching Group STG (Smart Tycoon Group) di Skudai, Johor. Saya tertarik dengan salah satu topik yang dikongsikan iaitu Berniaga Cara Rasulullah.

Terima kasih tidak terhingga kepada mentor-mentor STG atas perkongsian topik ini dan terima kasih kepada salah seorang consultant hebat STG, Puan Siti Fathimah atas pencarian info tentang konsep yang ditekankan Rasulullah SAW ketika berniaga.

4 konsep tersebut adalah Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathanah

1. Perkataan Siddiq membawa maksud benar
Benar dalam erti kata memberitahu sesuatu perkara dan tidak ada unsur penipuan ataupun unsur penyembunyian sesuatu.

2. Sifat seorang mukmin yang Amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab.
Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja.

Sifat SIDDIQ dan AMANAH dapat membina kreadibiliti dan kepercayaan orang lain. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah SAW :
"Peniaga yang sangat benar dan amanh akan bersama para nabi, siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Hakim dan al-Tirmidzi)

3. Tabligh atau sifat menyampaikan.
Menyampaikan sesuatu yang memberi manfaat dan menambah nilai kehidupan mereka yang memerlukan.

4. Sifat Fathanah yang bermaksud bijaksana.
Sangat penting untuk 'upgrade' diri dengan ilmu yang ada tentang perniagaan supaya mencapai tujuan dan menaiktaraf ekonomi seluruh umat Islam. Usahawan perlu bijak dalam memasarkan produk kepada pengguna dengan mengaplikasikan teknologi terkini seperti internet dan media massa.

Jika digabungkan prinsip SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH dan FATHANAH sudah pasti usahawan Muslim akan memperoleh untung yang berlipat kali ganda bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. InsyaAllah.

Alhamdulillah, berniaga bersama STG masih menjaga prinsip-prinsip yang ada dalam Islam. InsyaAllah, sama-sama kita amalkan dan semoga beroleh keberkatan dunia dan akhirat.   


Projek STG
Berniaga cara Rasulullah
Time freedom
Money freedom
Tq Allah :)




FREE CONSULTATION boleh terus sms/whatsapp <<NAMA>> <<LOKASI>> ke 019-5203506 (Farah Dalila)

No comments:

Post a Comment