Wanita Bijak Berniaga
Friday, 25 April 2014
SEMINAR FACEBOOK GENIUS
Saturday, 19 April 2014
TUMPANG REZEKI ANAK
HAMPIR TUKAR DARAH
HAMPIR TUKAR DARAH
Bismillah..saya kongsikan testimoni dari Puan Nadhirah, konsultant STG.
Semoga dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. InsyaAllah.
" Alhamdulillah lahir seorang anak Lelaki yang ditunggu-tunggu selama 2tahun setengah berikhtiar untuk hamil.. Muhammad Afiq Aiman pada 08.01.2014 pada pukul 11.03 Malam
Alhamdulillah Afiq lahir secara pembedahan. Lepas nurse bagi cium terus nurse bawak Afiq ke NICU. Setelah selesai dan dibawa semula ke wad nurse bawa Afiq semula.. Dalam setengah jam macam tu doktor datang cek baby dan kata nak bawak Afiq ke wad kanak2 kerana jantung Afiq Laju..
Tengahari pegi melawat Afiq tengok Afiq guna tiub untuk minum susu dan tengok tangan Afiq Penuh dengan kesan jarum. Ya Allah Sedih hati masa tu hanya Allah yang tahu.. Teknik2 MMR sangat berguna di saat2 genting ni.. Cik Nad & Mr.hubby kena kuat demi Afiq
Doktor bagitau Afiq kena duduk dalam NICU untuk 7 hari Sebab nak on antibiotik... Alhamdulillah guna tiub hanya 2 hari lepas tu lagi 5 hari Afiq dipindahkan ke bilik 3 cuma dipasang alat untuk pantau degupan jantung.. Hari ke-7 kami balik ke rumah.
Hari ke-8 nurse mai umah cek Afiq dan kata petang ni bawak Afiq ke Klinik nak cek kuning sebab nampak sangat kuningnya.. Allahuakbar masa bawak petang tu bacaan naik sampai 419.. Doktor Bagi Surat masuk HBM dengan segera... Doktor Cakap bacaan 426 kena tukar darah... Ya Allah hanya DA DA semoga Allah lindung semuanya..
Balik rumah sementara tunggu Mr.Hubby balik lumur Afiq dengan BE dan balut dengan BVSM.. Pukul 6 sampai di HBM Doktor terus ambil darah untuk konfemkan semula bacaan darah.. Alhamdulillah turun 384.. HBM refer semula HSJ dan terus admit di HSJ.. Doktor HSJ bagitau kalau kuning masih tak turun esok baby mungkin kena tukar darah.. Ya Allah kali ni memang dah tak boleh nk kawal perasaan terus telefon family untuk buat solat hajat..
Tenang dan terus buat teknik yang diajar di MMR tanpa henti, Alhamdulillah keputusan diambil pukul 7 pagi menunjukkan bacaan 265.. Tq Allah segalanya mudah bagi Mu.. Terus doktor bagi keluar hospital..
Hari Ke-14 Terpaksa refer HBM Sebab prolong jaundice. Doktor ambil sample air kencing dan darah.. Sekali lagi di uji apabila laporan mendapati pundi kencing Afiq dijangkiti kuman E-Coli..Sebab tu jaundice Afiq lambat turun.. Ya Allah Kali ni kena duduk 8 hari dalam hospital on antibiotik... Tq Allah hari ke-5 on antibiotik, ambil sample air kencing kuman dah tiada..
Sekarang hanya follow up Klinik pakar kerana hasil ultrasound doktor dapat kesan buah pinggang Afiq sedikit bengkak.. Setiap kali mandi mesti sapu BE dan BVSM Ummi dah jadi milik Afiq. Dah tak sanggup nak tengok kesan cucuk sana sini kat tangan anak manja kami.Mohon sahabat doakan kesihatan Muhammad Afiq Aiman ye
Semoga Pengalaman ni boleh membantu sahabat2 menambah nilai insan lain.. Tq Allah, Tq mentor, Tq family & Tq STG dengan seminar MMR mengubah kehidupan kami 360 dan mampu bertenang walaupun Allah beri ujian semasa berpantang..Alhamdulillah berjaya berpantang disamping suami tersayang .. Tq Allah"