Thursday 21 November 2013

PENGENALAN DIRI

Teks : Farah Dalila

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara.
Syukur ke hadrat Illahi kerana telah kurniakan saya idea untuk memulakan penulisan ini. Saya mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Tanggal 31 Januari 1986, lahir seorang puteri diberi nama Farah Dalila Md Rashid. Nama yang sungguh indah dan maksud yang baik,InsyaAllah. Terima kasih ummi dan abah atas nama yang indah ini :)
Farah Dalila = petunjuk kegirangan
Saya dilahirkan di Kampung R.T.P Padang Besar, Jeneri Sik Kedah Darul Aman.
Saya juga dibesarkan di Kulim, Kedah dan Alor Setar, Kedah. Anak ke-2 dari 10 orang adik beradik. 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Saya sudah berkahwin dan telah menjadi ibu kepada seorang anak yang berumur 2 tahun 6 bulan, Muhammad Adam Muqri bin Muhamad Badrul Hisham. Alhamdulillah, TQ Allah atas kebahagiaan yang cukup indah ini.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar dari tahun satu hingga tahun enam. Pada tahun 1999 dan tahun 2000 saya telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah. Sekolah yang pelajarnya terdiri dari pelajar perempuan sahaja. Apabila masuk tahun 2001, tahun yang saya akan menduduki peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) saya berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman dan belajar hingga tingkatan empat di sekolah tersebut. Saya sekali lagi berpindah sekolah semasa saya di tingkatan lima dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. Saya banyak berpindah sekolah kerana mengikut abah saya yang mendapatkan sumber rezeki melalui perniagaan sendiri. Syukur dapat kenal ramai kawan apabila bertukar-tukar sekolah dan saya yakin itulah yang terbaik buat kami sekeluarga. InsyaAllah.


Alhamdulillah, selepas tamat peperiksaan SPM dan mendapat keputusannya, saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur MICET (Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology) dalam bidang Teknologi Makanan. Alhamdulillah, setelah 4 tahun berada dalam jurusan ini saya telah berjaya mendapatkan diploma saya dan terus diserap masuk bekerja sebagai pembantu makmal di Makmal Teknologi Makanan. Saya memulakan kerjaya saya pada 21 Julai 2008 dan sehingga sekarang saya masih berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur MICET. Syukur ke hadrat Illahi, sudah 5 tahun saya di makmal ini dan banyak sangat ilmu dan pengalaman yang saya dapat. Saya dapat belajar cara-cara analisa nutrisi makanan seperti jumlah protein, lemak, karbohidrat, gula, tenaga dalam setiap produk makanan kita. Saya juga banyak belajar cara-cara mengkaji bakteria-bakteria baik atau tidak baik di dalam makanan kita. Di makmal saya sentiasa berurusan dengan pelajar dan pensyarah, membantu dalam setiap tugasan mereka supaya sentiasa berjalan lancar. InsyaAllah, saya akan kongsi lagi serba sedikit tentang servis yang makmal kami sediakan di ruangan entri yang lain.


Walaupun saya bekerja makan gaji, tapi disebabkan paradigma dari kecil saya sudah diberi serba sedikit input dan pengalaman tentang dunia perniagaan oleh abah saya, dari perniagaan kecil-kecilan hingga projek besar, saya memang tidak boleh berpisah dengan dunia perniagaan. Saya telah mencuba pelbagai jenis perniagaan. Antaranya jual barang, affiliate, networking dan macam-macam majlis yang saya penah hadiri. Banyak modal dihabiskan, rugi sudah semestinya. Namun, hati ini tidak pernah rasa putus asa dalam perniagaan dan akhirnya berkat istiqamah selama ini saya telah ditemukan dengan TRUE MLM (NETWORKING BISNES) bersama Smart Tycoon Group (STG) dimana ilmu, mentor dan sistem dalam team ini sungguh-sungguh menarik minat saya. Sekarang, ini sahaja perniagaan yang saya fokus buat,buat,buat dan buat. Apabila sudah belajar banyak ilmu dalam team ini, baru saya sedar saya gagal dalam perniagaan sebelum ini kerana tiada ilmu, mentor dan sistem yang betul dan yang paling utama TIDAK FOKUS!! Berniaga asyik lompat-lompat. InsyaAllah, saya akan teruskan menambah pendapatan bersama-sama STG dan akan berkongsi dengan semua yang berminat untuk belajar cara-cara mendapat pendapatan pasif 5 hingga 6 angka dengan cara yang betul.

Setiap orang pasti megimpikan kehidupan yang baik dari segala aspek, duniawi dan ukhrawi. Begitu juga dengan saya, berimpian mempunyai pendapatan 5 hingga 6 angka sebulan supaya saya cepat-cepat bebas kewangan. Oleh sebab saya bukan dilahirkan dari keluarga yang senang, saya sangat bercita-cita untuk memberi yang terbaik untuk kedua ibu bapa saya sementara mereka masih bersama saya di muka bumi ini. Sungguh, segala jasa dan pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya. Saya pasti berusaha membahagiakan mereka, membawa mereka mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. InsyaAllah, saya juga berimpian melahirkan anak-anak soleh dan solehah, memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka supaya mereka juga boleh memberi yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Impian yang juga paling penting bagi saya, insyaAllah berusaha menyediakan sebuah pusat tahfiz sains dan rumah anak-anak yatim bagi membantu lebih ramai saudara Islam yang memerlukan. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.

Syukur sekali lagi saya panjatkan kepada Allah SWT, kerana temukan saya dengan guru online Kelas Asas Blog dan Fanpage, cikgu Nisa Nua. Saya membuat keputusan mengikuti kelas ini setelah betul-betul tertarik dengan hasil penulisan mentor saya, CDM Murni Zuriati yang juga bermula membuat blog dengan Kelas Asas Blog cikgu Nisa. Matlamat saya mengikuti kelas ini adalah ingin membantu menambah nilai hidup orang lain supaya sentiasa sihat, berkongsi produk-produk dan info kesihatan juga ingin membantu lebih ramai orang Melayu Islam kita terutamanya kaum wanita supaya menjadi usahawan jutawan yang beriman. InsyaAllah. Saya juga akan berkongsi serba sedikit cara-cara pengurusan kewangan di entri akan datang.

Alhamdulillah, sekian dulu pengenalan diri dari saya. Semoga semua pembaca yang disayangi terus dan sentiasa menyokong saya dalam penghasilan blog yang baik. Tq Allah :)